Maklumat Penanaman Begonia Big

Begonia X Benariensis

MAKLUMAT TEKNIKAL


Ketinggian Dalam Taman
:40 cm / 15.75 inci

Saiz Bunga:8 cm / 3.15 inci

Masa Penanaman: 6-8 minggu; Pasu pembungaan (semaian hingga pembungaan) bergantung kepada musim, kadar cahaya dan saiz pasu:
1 tanaman dalam pasu 12 cm --> 13-14 minggu (Ketinggian Tanaman: 15-20 cm)
3 tanaman dalam bekas 20 liter: 15-16 minggu (Ketinggian Tanaman: 30-35 cm)

Masa Jualan: Dari pertengahan April hingga Jun

Bentuk Biji Benih: Bersalut (Telah Diuji) dan Mentah

Kiraan Benih:80,000 K/g

Masa Penanaman: Dari pertengahan December

Kaedah Semaian:1-2 biji benih atau pelet untuk setiap lubang

Percambahan
Peringkat I: 8-12 hari pada 23ˇăC dengan kelembapan relatif 95% atau lebih;
Peringkat II: 10-14 hari pada 20-21ˇăC
Peringkat III+IV: 18-20ˇăC dalam media dengan kandungan larutan garam yang sangat rendah dan pH di antara 5.5 hingga 6.2. Memerlukan cahaya untuk percambahan. Jangan tutup biji benih. Semasa musim sejuk, gunakan cahaya bantuan (50 W/m2). Tanaman yang memerlukan masa siang yang lama. Masa siang yang diperlukan adalah 12 jam. Kekalkan kelembapan pada tanah tetapi tidak terlalu basah. Elakkan substrak dari menjadi kering.

Kultur Anak Benih
Dari peringkat II kurangkan kadar kelembapan, tetapi lubang tidak boleh terlalu kering. Elakkan kandungan larutan garam dari melebihi 0.5 EC kerana akar amat sensitif terhadap kandungan garam yang tinggi. Bubuh baja pada kadar nitrogen 50 ppm nitrogen dalam formula yang seimbang. Semasa peringkat III+IV pembajaan boleh ditingkatkan ke kadar 100 hingga 150 ppm.

Pertumbuhan Sehingga Akhir

6-7 minggu selepas semaian, pindahkan 1 anak benih dalam pasu 12-13 cm (12 cm: 35-40 pasu/m², 13 cm: 30-35 pasu/m²). Anak benih patut mempunyai 2 - 3 set daun sebenar. Kadar cahaya yang tinggi akan membolehkan percabangan yang lebih baik dan pembungaan yang awal.

Media
Gunakan media penanaman yang telah dikeringkan dengan baik, pH 5.5 hingga 6.2

Suhu
Sesuai pada 17-19ˇăC

Pembajaan
Kadar pembajaan yang sederhana adalah diperlukan. Bubuh baja pada kadar Nitrogen 150 ppm setiap minggu. Elakkan kandungan garam yang terlampau tinggi.

Petua Kultur
Awasi agas kulat atau lalat dalam dulang yang lembap dan berikan rawatan yang sepatutnya. Kadar cahaya yang lebih tinggi dan keluasan tapak yang mencukupi adalah penting bagi percabangan yang baik. Untuk jualan, dedahkan tanaman untuk menyesuaikan diri dalam keadaan malam yang lebih dingin serta tahap UV yang tinggi.